Sunday, October 24, 2010

Daulat Tuanku!

Happy birthday, Tuanku..

You're the coolest Sultan ever!

Long live, Tuanku!

Sunday, October 17, 2010

Kenapa?

Kenapa ada sesetengah perkara tak boleh diubah?

Kenapa ada sesetengah perkara remain mengecewakan?

Kenapa ada sesetengah perkara terlalu sukar dicapai?

Aku nak hidup senang. Bukan. Bukan kaya. Kaya tu memanglah nak. Tapi maksud aku di sini, tenang. Takde tekanan, takde yang memeningkan kepala. Takde orang yang menyakitkan hati.

Aku kena keluar dari sini.

Saturday, October 16, 2010

Dulu usha-usha je, skang dah approach.

Haaa, saspen tidak tajuknye?

Mari kita ikuti kisahnya.

Cerita dia macam ni. Ibarat kau sorang laki, kau dah lama usha sorang gadis ni. Usha dari jauh je. Nama kau dah tau. Tapi nak approach tu kau tak tau macam mana. Sebab macam jalannya tak dibukakan untuk kau. Tapi, tiba-tiba pada satu hari, kau nampak jalan dan laluannya, dan kau sangat gembira, lalu mengapproach. Tapi bila dah approach, kau tau yang kau takkan dapat memilinya. Okay, maksud aku, bukan takkan dapat memilikinya, tetapi memilikinya adalah seperti mustahil. Tapi sekurang-kurangnya hati kau senang bila dah approach tu. Sebab selama ni kau teringin benorr nak approach.

Macam tu la apa yang aku rasa.

Cerita dia macam ni. Dekat dengan kawasan sekolah aku, ada satu kawasan perumahan baru, yang baru dibukak untuk dijual. Rumah-rumah kat situ macam tak besar sangat dan tak kecik sangat. Sekolah aku tu memang area elit. Kalau siapa duduk Kuantan ni, atau memang orang Kuantan, maka anda akan tahu. Dekat dengan area TC. TC? Ha'ah, TC. Teluk Chempedak. Kawasan perumahan tu ada satu rumah contoh kat situ. Hari-hari pergi balik sekolah, aku mampu pandang je rumah contoh tu tiap kali lalu kat situ. Memang tak jauh pun. Beberapa meter je dari sekolah aku. Rumah-rumah yang baru siap tu memang cantik.Rumah contoh tu lagilah cantik sebab dah tentu diorang deco hebat-hebat kan. Ye laa, dari jauh aku dah nampak lampu tergantung-gantung kat dalam rumah tu. Aku teringin nak masuk rumah contoh tu, nak tengok isi dalam rumah tu. Hari-hari aku wonder rumah yang cantik tu ada berapa bilik?, ada berapa toilet?, besar ke tak? Dan aku macam ada hati nak beli rumah tu. Dekat dengan sekolah pulak tuu. Tapi, permasalahannya, aku tak tau jalan nak masuk ke kawasan tu. Sebab diorang pagarkan. Dan ada jalan yang boleh masuk kat situ, tapi ditutup dengan pagar zink. Mungkin sebab jalan tu under construction lagi. Bila keluar dari simpang utama menuju ke jalan luar iaitu Jalan Tengku Muhammad tu, puas jugak aku tercari-cari celah mana aku nak masuk yang boleh tembus ke kawasan perumahan tu, tapi macam laluan-laluan yang ada adalah bukan laluannya. Maka semakin hari aku pun memendam je la perasaan nak tengok rumah tu. Tapi semakin hari juga aku semakin nekad nak tengok rumah contoh tu.

Dan tadi, pas habis budak-budak tahun 6 berkhemah, aku drive (i mean, drove) perlahan-lahan, sebab aku nampak pagar zink tu dah terbukak, tapi ada pekerja yang sedang menurap jalan tu secara manual. Aku tak berani masuk. Aku gerak ke depan sikit, aku perasan pintu pagar kecik berdekatan tepi jalan rumah contoh tu terbukak. Selama ni memang tutup je aku perati. Maka, aku pun stopkan kereta kat tepi jalan tu dan melangkah ke arah rumah tersebut.

Ada lelaki yang jaga kat luar tu, sedang mengadap laptop jenama Compaq tak silap. Aku mintak izin nak masuk tengok-tengok. Dia mempersialkan. Eh, salah taip. Mempersilakan. Maka aku pun saspen je perasaannya ketika melangkah setapak dua untuk masuk ke dalam rumah tu. Macam yang selalu aku bayangkan. Ye laa, dah rumah contoh, sah-sah fully furnished. Dengan carpet bulu-bulu tebal yang aku suka tu. Hall dia agak panjang. Ada satu space sebelah dry kitchen tu diorang letak meja makan. Ada wet kitchen. Ada dua bilik. Satu bilik tu ada toilet kat dalam dia. Satu lagi toilet kat luar, sebelah kitchen. Okay, kat bawah ada dua bilik dan dua toilet.

Aku naik upstairs pulak. Ada macam space untuk rehat, ataupun space untuk tengok tv kat situ. Master bedroom dia, ferghhh... Master kan, maka memang master laa. Besar, ada balkoni dan ada toilet. Pastu ada dua lagi bilik tidur, saiznya sederhana sikit. Dan dalam setiap bilik tidur tu ada toilet. Ini bermakna rumah ni ada lima bilik dan lima toilet. Menawan bukaaannn? Okay, mungkin tak sehebat banglo-banglo mewah kat Bukit Istana, tapi aku suka.

Aku jengah rumah tu kejap je. Yela, bukan boleh jengah lama-lama. Bukannya tengah pegi rumah sedara-mara. Aku keluar dari rumah tu dan meminta izin kepada lelaki tadi untuk mengambil kertas flyers (betol ke dakk aku eja ni??) yang ada maklumat harga rumah tu. Aku belek-belek sambil berjalan menuju ke kereta. Telan air liur tengok nombor-nombornya. Bila dah dekat dengan kereta, aku bukak pintu, sorang cikgu lalu dengan keretanya, dia membuka tingkap dan tersenyum mesra sambil bertanya, "Nak beli rumah ke?"

Lalu aku pun menjawab sambil ketawa, "Tengok jeeee..."

Memang tak mampu nak beli kalau harganya begitu. Approximately Ringgit Malaysia 900 thousand I tell you.

Tapi macam yang aku cakap tadi, aku lega dan aku senang hati bila dah approach.

Bukan takkan mungkin, tapi agak mustahil untuk memilikinya.

Wednesday, October 13, 2010

Satu perkataan sahaja.

...iaitu STRESS...

dan aku rase aku nak berenti keje.

I cant cope with this.

Tuesday, October 12, 2010

Bila seniman tak dapat berseni.

Maka marah dan kecewa la jadinya.

Aku stress ni. Banyak sebabnya. Hari ni aku nak cerita jugak. Biarlah takkan mengubah ape-ape pun, tapi aku nak jugak cakap.

Pertama, aku tak enjoy kena ajar PJ. Sebab that is sooo not me. Okay, aku bersukan, tapi tahap pengetahuan kesukanan aku ni tak sampai tahap boleh mengajar orang. Memang masa kat maktab dulu tu subjek minor aku. Diulang, MINOR sahaja, okay. Bukan major. Sebab subjek major yang aku belajar berhempas-pulas selama 5 tahun setengah di maktab ialah subjek seni. Masa kat maktab, memang la belajar PJ tu, tapi banyak dalam gym. Jadi, susah nak aplikasikan kat padang mende-mendenye. Senang kata, aku memang tak kreatif bile bab PJ ni. Sebab tu memang bukan dunia aku. Lagi satu yang buat aku tak enjoy, setiap hari ada PJ dengan banyaknya, kecuali hari isnin. Maka, hari isnin je aku boleh pakai baju kurung. Hari-hari lain memang tak vogue langsung, okay! Memang la sepatutnya pas PJ, kene tukar baju, tapi kalau dah 3 masa straight PJ, pastu disambung dengan klas lain dan klas seterusnye, bila masa aku nak tuka baju? Memang tak sempat pun. Cikgu-cikgu lain yang ajar PJ pun memang cakap tak yah tukar baju. Guru besar pun takde hal pasal tu. Aku memang nak tegaskan di sini bahawa aku tak enjoy pakai t-shirt dengan suar trek tu. Aku lagi enjoy pakai baju kurung. Rasa macam perempuan. Gladiator wedges yang aku beli hari tu pun tak terpakai lagi, akibat asek kene pakai baju PJ. Benci.

Kedua, aku dapat ajar seni dua kelas je. Diulang sekali lagi, masa kat maktab, selama 5 tahun setengah tu, itulah subjek yang aku berhempas-pulas buat. Walaupun kadang-kadang aku main-main masa belajar tu, tapi jiwa aku tetap jiwa seni. Tu dunia aku dari kecik. Masa-masa yang terluang kat maktab dulu, aku buat doodles, buat painting atas canvas. Okay, aku paham, sejak dari zaman dulu lagi, bila cikgu-cikgu diserap masuk ke sekolah, mereka tak semestinya dapat ajar subjek yang diorang amek kat maktab atau universiti. Kena ikot keperluan sekolah. Itu sistemnya. Dan untuk pengetahuan anda semua, ada cikgu yang bertahun-tahun tak dapat ajar subjek yang mereka belajar di maktab atau universiti dulu. Apa yang aku nak cakapkan di sini ialah, kalau macam tu, lebih baik masa belajar tu, suruh kitorang belajar semua mata pelajaran yang ada kemungkinan kitorang terpaksa ajar tanpa ilmu pengetahuan dan dah tentu tanpa kerelaan. Ye dakkk??? Ye dakkk??? Aku kan seniman, maka aku mudah rasa kecewa bila tak dapat melakukan kegiatan-kegiatan seni, especially tak dapat ngajar seni. Ade ke plak subjek lain yang berlebih-lebihan aku ajar, daripada seni yang patutnya aku ajar. Aihhh... Yang aku tau, aku tak suka sistem ni. Okay, ni bukan statement anti government. Saya pro government, tapi sistem macam ni la yang kadang-kadang buat saya takde semangat nak kerja. Dan perasaan takde semangat dan kekecewaan itu akhirnya melarat-larat dengan angan-angan untuk kerja di negara orang. Kan dah tak patriotik tu. Haaa, jangan salahkan saya, kata saya tak kuat semangat, takde semangat patriotik, takde itu dan takde ini. Macam yang saya kata tadi, lebih baik masa kat maktab dulu suruh kitorang belajar SEMUA subjek yang ada dalam KBSR tu, supaya kitorang boleh ajar mana-mana subjek ikot keperluan sekolah laa katekan. Arrrggghhhhh, sistem itu!!! Memang buat aku rasa nak berenti kerja!!

Okay, korang boleh kata aku tak bersyukur. But, be in my shoes, then u'll know. Then u'll understand. Then u'll analyze. Then u'll understand again.

Tapiiiii.... ada sorang cikgu kat skolah tu, aku panggil dia Kak Jann. Dia ajak aku buat mural untuk pusat sumber. Aku suke. Hehe. Aku suke. Dannnnn.... guru besar dengan bangganya menyatakan beliau inginkan hasil tangan aku untuk buat mural kat gate skolah. Mural yang tertulis nama skolah. Mural yang bila orang nak masuk skolah, mural tu yang orang akan nampak dulu. Haaaaaaa.... Aku suke. Hehe. Aku suke.

Tapi, skang aku tetap stress. Kerja kat sekolah banyak sangat. Yang perlu dibawak balik ke rumah. Yang kadang-kadang (bukan kadang-kadang, tapi setiap hari) sentiasa melekat di otak, sampai aku susah nak tidur, akibat susah hati.

Aku betul-betul rasa nak berenti kerja. Nak buat kerja-kerja seni je. Haiii laahhh. Kan dah mengeluh.

Stress + frust = strust.. Bleh???

Monday, October 11, 2010

Sunday, October 10, 2010

Bukan plastic surgery.

My job sucks!

Okay, maybe not entirely, but still, it sucks.

Tak semestinya orang yang sukakan budak-budak boleh jadi cikgu. Dan tak semestinya anda jadi cikgu maka anda akan sukakan budak-budak. Oh, tolong, pekerjaan ni memang tak boleh blah dengan orang yang macam aku.

Okay, maybe so far I'm doing it quite well, tapi dalam hati, Tuhan aje yang tau.

Ya, aku tau, apa yang Tuhan buat tu ada hikmah. Tapi aku masih mampu mengubahnya dengan usaha. Usaha menukar semua ini. Mungkin bukan dalam jangka masa terdekat. Tapi usaha dalam senyap itu boleh dilakukan bermula sekarang.

Dah dua hari aku try buat lagu untuk Syida. Saja-saja nak dedicate dan buat lagu tentang dia. Mungkin sebab apa yang dia sedang lalui. Aku bukan boleh tengok orang menderita, sedeh-sedeh. Dan-dan tu jugak rasa nak buat lagu untuk mereka.

Idea untuk cerita terbaru dah semakin berkembang, tapi tak taip-taip lagi. Kerja banyak bulan ni, tak sempat nak buat benda-benda yang disukai pun.

Sebenarnya aku merancang nak buat sesuatu ni. Nak tukar sikit-sikit appearance. Bukan tukar alat sulit, okay. Tukar appearance je. Saja nak bagi rasa diri meriah sikit. Nak tukar apa? Hehe, adela. Tak boleh bagitau kat sini, nanti kene condemn. Jangan risau, nokk, I bukan nak buat plastic surgery. Haha!

Wednesday, October 6, 2010

Nasib insan yang serba kekurangan.

Ape yang aku fikirkan sekarang ialah :

a) London Weight Management

b) New York Skincare

c) Yun Nam Haircare

Sedih jadi orang yang low self-esteem ni.

Saturday, October 2, 2010

Satu perkare.

Ada satu hal dengan aku ni. Bila aku ada kerja atau tanggungjawab atau tugasan yang aku rasakan susah, aku akan rasa tak best. Aku akan rasa tak sedap, rasa tak selesa. Rasa takde mood. Hati aku bertambah sayu. Dunia rasa suram je.

Aku tak taulah apa masalahnya aku ni.

Pastu mulalah aku rasa kesal dengan apa yang berlaku dalam hidup aku ni. Kesal terhadap di mana dan bagaimana aku berakhir. Dan kadang-kadang melibatkan apa yang telah ditakdirkan. But I cant help it.

Kalau masa boleh Tuhan undurkan untuk aku, aku nak isi borang UPU dulu betul-betul. Takdelah aku berakhir dengan melakukan sesuatu yang aku tak suke ni.

=(

Friday, September 24, 2010

Pada satu tengah malam tu, menerima mesej dari seorang kawan.

"Fa, kalau pun satu ari nanti aku couple dengan sesape pon, ko takkan jatuh ke bawah... Ko still member aku yang best aku ade..."

Haha! Sweet bukan kawan baikku ini? Sebab dia belajar jadi sweet daripada aku, hehe! Tapi takkan boleh nye nak lawan level sweet aku!

Oh, lupe nak cakap. Kawan aku ni lelaki.

Tuesday, September 21, 2010

Bukan pekerjaan bile dewasa.

Aku ada banyak cita-cita. Maksud aku, bukan pekerjaan bila anda dewasa, tapi lebih kepada apa yang aku nak buat. Impian. To-do list.

1) Aku nak jadi penulis macam Ahadiat Akashah
2) Jadi kaya-raya tanpa sikap bongkak
3) Nak pegi Fort William dan travel dunia bersama lelaki yang aku sayang, menyaksikan keindahan Ben Nevis. Hehe, romantik bukan diriku ini?
4) Drive kereta yang hebat. Aku suka Nissan Murano setakat ni.
5) Tidak terlibat dengan sebarang kemalangan jalan raya, sama ada kecik atau besar
6) Simpan rambut kasi panjang (yang ni susah macam haram nak buat, tak tau nape)
7) Besarkan rumah mak abah dan ada bilik sendiri
8) Nak ada orang gaji yang ramai dan semuanya mestilah lelaki dan kahchak, hehe!
9) Main gitar dengan hebatnya
10) Jadi manusia yang baik

Tapi, aku tau. Kadang-kadang kalau Tuhan tak kasi tu, maksudnya mungkin mende tu tak baik untuk kita. Mungkin dia dah plan yang lebih baik lagi. Tapi kita boleh usaha. Kan? Kan?

Monday, September 20, 2010

Sebab-sebabnye...

Sebab-sebab aku tak layak kawin :

1) Takde yang sudi (nasib jadi orang yang hudoh & budoh)
2) Tak pandai langsung memasak (tak minat sebenarnye, haha!)
3) Takde duit
4) Takot dengan lelaki
5) Aku terlebih romantik, surely ade je yang nyampah nanti
6) Aku ade fenomena takot nak bedepan dengan mak mertua
7) Tak sesuai menggalas tanggungjawab. Aku cepat stress.
8) Aku suke berkarya. Nanti aku asek berkarya, semenye terabai kang.
9) Tak reti nak puaskan ati banyak pihak
10) Aku sibuk dengan karierku. Fergghhh, macam la usahawan berjaye!
11) Tak cukup duiiitttttt.........................

Okay, tu je pointnye sebenarnye. Nak bagitau takde duit, haha! Okay, tak baik cakap takde. Bukan takde. Tak cukup. Banyak mende nak kene buat ni. Dan semenye melibatkan wang ringgit. Ishh, sungguh duniawi.

Saturday, September 18, 2010

Line baru.

Tadi aku dapat idea. Untuk dijadikan satu line dalam bakal tulisan yang sedang diprogramkan dalam hati dan otak.

"Aku sayang kau. Tapi kalau kau tak sayang aku, kaulah yang rugi."

Ferrrghhhh. Kekwat tidak? Aku dapat idea dalam kereta tadi.

Wednesday, September 15, 2010

Tak bergune.

Pernah rase diri anda tak bergune?

Ye, saye di sini ingin melaporkan sedang mengalami rase itu.

Tapi, at least ade sesuatu yg made my day.

*Nak sambung study, tapi tak dakk wang. Camne ni???

Sunday, September 12, 2010

bukan botox.

Apabila adik aku lalu-lalang di depan tetamu sebagai penghidang air atau makanan, atau untuk besalaman..........

Scene 1


Tetamu : Yang ni la yang dah mengajar tu ye?
Abah : Eh, bukan yang ni. Yang tu... (sambil menunjuk ke arah aku)
Aku : Sengih-sengih lahanat.

Scene 2

Tetamu : Ni kaklong ye?
Abah : Eh, ni kakngah.
Aku : Sengih-sengih lahanat lagi.

Scene 3

Tetamu : Ini yang jadi cikgu tu ye?
Abah : Eh, bukan, bukan. Yang jadi cikgu tu yang tu. (Sambil tunjuk ke arah aku)
Aku : Sengih lahanat bertambah lebar.

.....dan scen-scene yang seterusnye, adik aku bengang je. Hahhahaha.....

*Bukan salah aku kalau diorang ingat aku ni adik dan adik aku adelah kakak. Nampak mude ke??? Gua tak pakai botox yeeee... hehehehe...

Friday, September 10, 2010

Mimpi.

Haaa... entry pasal mimpi? Mimpi ape tuuuu??? Mimpi basah kerrrr??? Hahahahahahahaha. Okay, tak klaka.

Arini raye. Semalam last puase. Banyak sangat mende nak kene buat sempena arini. Semalam kitorang adik-bradik bertungkus-lumus pasang langsir, kemas umah, buat itu ini, dan bertungkus-lumus jugak main bunge api. Hi hi hi.

Bile banyak keje, especially part pasang langsir tu, banyak sangat dah aku mencarut. Agak sia-sia sedikit puase hari terakhirku itu. Okay, mungkin bukan sikit, mungkin banyak. Langsir tu, bile nak kene pasang besi pencucuknye tu, bile dah ukur balik kat railing tu, kadang-kadang terlebih laa, tersikit laa. Daaahhh kene cabut dan pasang balik besi penyangkut tu, sampai la betul-betul ukurannye. Memang jimbit sungguh.

Persoalannye, malam sebelum tu, aku mimpi aku mencarut kat depan muke Ashraf Sinclair. Adekah mimpi tu membawa tafsiran bahawa aku akan gemar mencarut pada kadar yang tidak berpada-pada pade keesokan harinye itu, iaitu pada hari memasang langsir itu???

*Aku pon tak tau nape mesti Ashraf Sinclair.

Wednesday, September 8, 2010

Eksaited.


Kuang ajaaaqqq adik aku babujhi amek gamba candid. Dah la gigi aku panjang-panjang.

Ni aku testing baju raye. Hehe.

Kang ni diorang tengok anak bulan kan? Esok puase lagi tak? Ke dah raye esok? Saspen kan kan kan??

Hehe.

Tuesday, September 7, 2010

Anu terbakar. Waddehekkk tajuk camni ni??

Ada pasangan suami isteri ni dah becerai.

Tapi sebenarnye masing-masing nak lagi terhadap satu sama lain. Yang sorang ni dok buat ayat-ayat sedih kat status facebook, tentang betape dia tak boleh lupe pempuan ni, tapi kecewe dengan ape yang pempuan ni dah buat, tapi rindu jugak, tapi sayang jugak, tapi pempuan tu mungkin da best jugak. Yang pempuan ni plak dok tulis kat blog dia betape dia kecewa dan benci dengan sikap laki tu, tapi sebenarnye still mengharap, tapi sebenarnye still sayang, tapi still rindu.

Kalau aku jadi tok kadi, aku hantukkan kepale korang dan nikahkan korang semule. Stop menyusahkan orang, boleh? Yang lebih penting, stop jadikan orang lain sebagai mangse keadaan korang, boleh?? Kang aku sumpah anu korang terbakar nanti. Takot taaaakkkk??? Takot kaaaannn??? (Okay, aku bukan pengamal ilmu itam.)

Monday, September 6, 2010

Air minuman mampu menimbulkan rase bengang.

Okay, ni dah dua entry uuntuk arini. Aku tak peduli.

Aku kan, pantang betol bile aku pegi makan minom kat kedai, tapi air minumannye tak sedap. Nak-nak kalau milo ais. Tu paling basic, takkan tak reti-reti jugak nak buat? Memang mampu membuatkan ati atau mulut aku ni mengeluarkan perkataan-perkataan tak baik.

Tadi bukak puase kat luar. Mak aku takde, dia bukak puase kat umah student dia. Jadi, ayah aku bawak kitorang makan kat satu tempat ni. Aku memang dari awal takde mood , sebab kalau ayah aku punye taste, dah tentu tak kene dengan taste aku. Apa yang ayah aku suke makan, selalunye bukanlah mende yang aku suke makan. Bile dia tanye nak makan ape atau nak makan katne, jawapan yang diberi mungkin sia-sia sahaja sebab kesudahannye dia akan ikot suggestion dia sendiri.Tapi aku ikutkan jugak, kot dia kecik ati. Sebab aku bukan jenis argue-argue ni.

Bile sampai kat kedai makan tu, makanan dah terhidang atas meja, sebab tadi ayah aku dah order awal-awal. Tapi yang terus buat aku turn off, bile air sampai, milo ais yang aku nak tu, warnenye cair. Tengok kaler pon aku dah tau rase nye nanti macam mane. Terus muke aku berubah la kan. Apa masalah diorang ni? Tak reti buat air? Tak yah la jual air macam tu. Jual je makanan. Pastu yang buat aku bertambah membara ati, bile ayah aku mintak mangkuk untuk makan tomyam, orang tu tak tanye pon berape mangkuk yang kitorang nak, tapi terus je bagi dua mangkuk. Terang-terang kitorang ni ade lima orang mase tu. BANGANG kan? Bile ayah aku minhtak lagi, sampai ke sudah tak sampai-sampai mangkuknye. Macam haram.

Aku diam je sepanjang sesi makan tu. Bila dah last-last tu ayah aku tanye nape tak abeskan air, aku jawab "tak sedap." Bukan aku tak bersyukur, tapi aku sebenarnye naik menyampah dengan orang Melayu yang berniaga macam ni. Dah banyak kali dan banyak tempat aku kene macam ni. Memang buat aku turn off gile-gile.Apehal air tak boleh buat elok-elok? Tak boleh ke buat bagi rase tu sempurne sikit? Aku bayar untuk milo ais. Bukan susu ais. Ape terkene buatan orang ke kedai diorang ni???

Kalau boleh aku lempang, memang aku lempang dah.

Cerite dulu.

Pernah tak korang regret dengan ape yang korang pernah buat dulu. Mungkin sekecik-kecik hal, tapi bile teringat balik, korang rase useless, malu dan regret korang buat atau terbuat mende-mende tu?

Kenapa ade sesetengah peristiwe yang kite tak boleh lupe ye? Tapi kenape bile tiba bab akademik, cepat aje lupe?

*Nape banyak sangat soalan aku ni???

Malam tadi berborak telepon dengan sorang kawan. Menceritekan dan menjelaskan tentang sesuatu kepadanya. Akhirnye dapat jugak luahkan pada dia, setelah sebegitu lame. Sape kate tak best borak dalam telepon?

Haha, dalam telepon ke, face to face ke, yang penting cara kite sampaikan cerite tu.

*Tak sabar nak raye ni.

Sunday, September 5, 2010

Tinggal berape ari je lagi.

Aku excited sket nak raye taun ni.

Sebab? Sebab taun ni aku bleh besiar-siar ke rumah kawan-kawan sempene raye yang mulia, sebab aku dah ade kete sendiri. Sebelum ni payah nak gerak, sebab aku tak bleh drive dan takde kete sendiri.

Arini aku selseme lagi. Dari pagi membawak ke magrib.

Sebenarnye lately aku asek teringatkan ramadhan 2006. Nape? Nanti aku cite.

Saturday, September 4, 2010

Menulis.

Dulu aku suke menulis. Masa sekolah rendah, aku paling suke subjek Bahasa Melayu. Subjek tu membolehkan aku menulis. Masa tu jugak aku ingat lagi, aku suke potong2 kertas dari exercise book yang lame, dan stapler, macam sebuah buku kecik. Dan dalam buku kecik tu aku tulis macam-macam cerite pendek yang aku buat. Aku seronok dapat menulis mase tu. Rasa dunia ni indah sangat. Especially kalau waktu cuti, aku bangun pagi dengan rase best, sebab aku boleh menulis.

Masa form two aku dah start buat novel. Aku gune buku yang panjang untuk tulis novel tu. Aku dan Impian. Tu tajuk dia. Tapi tak banyak muke surat pun. Pastu aku sambung dengan membeli buku bersaiz exercise book yang agak tebal. Aku dan Impian 2. Ramai kawan-kawan aku baca buku tu, dan cakap cerite tu amat klakar. Tapi yang menjadi halnye, bile diorang dah puas gelak mase awal-awal novel tu, akhirnye penghujung cerite tu menuntut air mata rupe-rupenye. Sebab, watak utama tu mati. Dan beberape bab sebelum dia mati tu, skripnye memang sedih. Tapi, sebenarnye aku tak la rase sedih mane pon. Ntah, diorang jiwang sangat kot, haha! Cume malangnye, buku yang first tu aku tak tau dah ke mane. Yang second tu kawan aku pinjam mase form three dn dia ilangkan.

Masa form three, aku ade buat dua novel. Yang satu tu aku tak ingat tajuk dia, cume ceritenye biase-biase aje. Aku sendiri pon tak berape suke dengan hasil karya aku tu. Tak cukup mendalam agaknye. Tapi yang kedua aku buat tahun tu, memang sentimental valuenye terlalu tinggi. Yang ni yang paling aku sayang. Yang paling aku cinte, hahaha! Lukisan Jiwa Sentimental. Watak utama dia nama Eppy. Tapi anme sebenar Affia Izdihar. Tapi, tak sempat ramai yang bace, bile tibe turn kawan aku yang sorang ni, dia tertinggal novel tu kat bawah meja kat kelas dia, dan HILANG... Nak tau aku sedih ke tak? Sedih nak mamposs. Aku nanges bile mende tu ilang. Aku tulis dengan penuh makne mende tu. Tu hasil usaha yang bagi aku, takde galang gantinye. Tapi, aku redha je skang.

Pastu mase form four aku rase, aku ade buat satu lagi novel. Lukisan Jiwa. Saje gune tajuk yang same dengan yang hilang tu, tapi ceritenye tak same pon. Pastu tahun berikutnye aku buat sambungan kisahnye - Lukisan Jiwa 2. Aku suka buat novel sambung-sambung kan? Haha, aku memang camtu..

Bila aku masuk UITM pas SPM, aku dah tak menulis. Pastu aku quit UITM sebab tak larat nak bawak subjek-subjek tu. Aku quit enam ari sebelum exam. Yela, kalau quit pas exam, nnti orang kate aku kene tendang university plak. Jadi, aku buat keputusan drastik, quit je. Dengan harapan, tahun yang same aku nak apply intake November utk course Screen Writing.

Dalam mase aku menganggur kat rumah tu, aku kutip kertas-kertas dari exercise book mase skolah, dan aku bind kan, menjadi sebuah buku tebal. Dalam buku tu aku buat cerita baru. Berdasarkan pengalaman sendiri. Masih. Tu tajuk lagu Flop Poppy. Aku memang minat Flop Poppy dari zaman skolah.

Lepas Masih, aku lame gile tak menulis. Bertahun-tahun. Sebabnye mase tu aku dah masuk maktab. Jangan tanye camne aku bleh masuk maktab, sedangkan aku nak amek Screen Writing. Sangat pedih perasaan ni bile tak dapat buat ape yang aku nak, okaayyy! Aku ade cube untuk menulis, tapi semenye tak menjadi. Semenye sekerat-sekerat je. Ade satu yang dalam percubaan tu, aku tak ingat ape tajuk dia, tapi sebenarnye aku sangat suke cerita tu. Aku pun tak tau nape aku tak sudahkan cerita tu. Yang aku ingat name pempuan tu Queen Sutradara, panggil Ween. Aku bagi kertas-kertas tu pada kawan aku Dila. Pastu aku ade try buat Felly Mencari Izmi. Kisah Felly yang mencari abang kandungnye yang menghilangkan diri selepas bergaduh dengan arwah ayahnye. Yang ni pon aku suke sebenarnye. Klakar dan catchy sket... Tapi turut tidak disudahkan.

Akhirnya, ade sesuatu berlaku dalam hidup aku sekitar 2006. Yang kemudiannye menjadikan satu inspirasi untuk aku menghasilkan satu cerite. Demi Cinta Kita Semua. Yang ni pon aku suke. Sebab ade character lelaki gay yang insaf dan tak jadi gay dah. Cerita ade konflik tersendiri. Yang ni pon tak ramai yang bace. Sebab? Bile aku print dan bind, agak tebal. Ngalahkan buku telepon. Sape nak bace camtu. Haha!

Dan skang? Aku dah lame sangat tak menulis. Teringin. Aku dah bertukar dari tulis buku kepada tulis lagu. Lagu pertama yang aku cipta - Masih Bujang Menunggu Dikau. Bongok ehh tajuk camtu? Aku suke gile lagu tu. Sebab, didedikasikan kepada seorang lelaki. Dah tentu dia tak tau aku buat lagu tu untuk dia. Romantik tak aku? Hehehe...

Lagu kedua - Bintang Pun Tak Mampu Bersuara. Yang ni aku suke main plucking. Suka gile.

Lagu ketiga - Telenovella Tentang Dia (Okay, sebenarnye part Dia tu aku buat name dia). Okay, part ni sedih. Sebab lagu ni sebenarnye aku ade letak name sorang lelaki. Dan lagu ni sempat aku mainkan dan nyanyikan untuk dia. Kesudahannye? Dia menyingkirkan aku dari hidupnya. Tapi aku tak nak ingat dah. Sebab aku dah nak move on.

Errkkk, macam panjang je entry ni... Haha, sorry. Akibat dah lama tak menulis kot. Gamaknye la.

Friday, September 3, 2010

Pernah tak korang rase.....

Pernah tak korang rase ape yang berlaku tu ade hikmahnye, dan korang sebenarnye nampak hikmah tu?

Tapi korang masih rase nakkan mende yg hilang dari idop korang tu walaupon korang tau nape tuhan tak bagi yang tu?

Pernah? Pernah tak rase camtu?

Aku nak cerita, tapi aku malas buat masa ni. Hehe. Jangan marah. Nanti kene jual, ade orang dapat 20 percent.

*Yang aku tau, ade macam ulser dalam hidung aku.

Thursday, September 2, 2010

Shoot ~ Shit ~ Shoot.

Tak senonoh bukan tajuk entry ini?

Aku tak boleh tidur.

Ni first time aku tak tido selepas pukul 10 mlm. Selalunya aku tido awal. Before 10, yess.

Sebenarnye ade dua perkare yang mengganggu otak dan jiwa aku ni.

Salah satunye, something is fishy. And that fishy thing is bothering my mum. Ni yang aku lemah ni. Bile mende tu dah buat mak aku susah ati, aku akan turut susah ati. Aku jadi rase tak best. Kenape la ade je mende yang buat mak susah ati? Dan aku skali tersusah ati?

Aku tak suke.

Tapi aku tak boleh nak cakap ape dia.

Aku selalu wonder. Nape mak diuji sebegitu rupa sejak dulu? Sedangkan mak manusia mulia. Nape Tuhan uji mak macam tu? Tapi mak tetap relaks. Mak tetap cool.

Dan aku? Aku benci mende-mende camni. Tapi takkan aku nak mendoakan yang tak baik?

Aku rase lately aku jadi pendendam. (Okay, ni takde kaitan dengan cerite mak aku tadi.) Dalam diam-diam aku ade berdoa mende tak baik. Takdelah tak baik mane pon. Cume aku berdoa agar makhluk Allah tu akan selalu teringatkan aku, dengan rase bersalah...

Patut ke aku ni?

Wednesday, September 1, 2010

Hati yang terganggu.

Ade sesuatu yang mengganggu ati dan jiwa aku ni.

Sesuatu tentang dulu.

Lately asek sangat teringat-ingat. Terkenang-kenang.

Patut ke aku cerita?

Macam segan je.

Haha.

Tuesday, August 31, 2010

Tidak bertajuk, mungkin?

Semalam bukak puase dengan Dayah dn Zhaa di Padang MPK kat depan masjid besar kuantan.

Kalau sape orang kuantan surely tau katne. aku pon baru tau port tu sebegitu tenang utk dijadikan tempat berbukak puase. Dari jauh, awan pulak dah sarat semacam, macam tunggu mase je nak memuntahkan hujan-hujan tu. Bak kate Zhaa, makan roti john tengok awan, makan kerang tengok awan. Haha!

Arini aku bangun lambat. Ari merdeka, tapi bangun lambat. Rasa bersalah.Tak patriotik langsung. Bangun-bangun je, macam baise, selsema. Tu memang dah biase. Tapi arini selseme tak nak stop sampai la waktu aku taip entry ni. Dah nak dekat pukul 7 pm pun.

Sejak tadi aku asek membaca blog makhluk allah yg sorang ni. Macam cool jugak. Dan, dia membuatkan aku teringatkan sesuatu. Aku dah lama x buat lagu. Gitar tu pon dah jarang-jarang aku sentuh. Sebab? Sebab banyak sangat kenangan. Kenangan-kenangan pedih.

Aku kene move on. Ya, memang aku tengah move on.

Shoot, kenangan memang pedih!

Wednesday, August 25, 2010

Makhluk baru

Sebenarnya tak la baru mane pun. Dah wujud lama, tapi baru muncul je kat rumah aku ni.

Balik-balik dari sekolah tadi, tengok dia dah terpacak dalam rumah.

So, welcome P1W1max!

Friday, August 20, 2010

Pedih perut.

Tak tau nape. Tapi pedih perut yang amat.

Badan dah menggeletar. Lapar.

Arini abah masak. Mak bukak puase dgn studentsnya.

Shoot. Lapar. Sakit gile perut ni.

Thursday, August 12, 2010

Polis plastik.

Tadi kat skolah, masa aku mengajar muzik di kelas 3 Intelligent, aku mengajar lagu "Kerja Bapaku". Jadi aku pon saje je lah bertanya pekerjaan ayah mereka. Sampai giliran murid yang terakhir, dia menjawab :

"Polis plastik"

Satu kelas macam "Haaahhh???"

Dengan yakin, budak tu menjawab lagi, "Polis plastik."

Aku masih kebingungan. Mungkin bukan aku saja, tapi kesemua rakannya juga.

Tiba-tiba seorang rakannya bertanya, "Wehh, polis plastik ke polis trafik?"

Dia tersengih. "Ha, polis trafik."

Aku tahan gelak. Tetapi kanak-kanak yang lain tidak.

Wednesday, August 11, 2010

Apelah cikgu baru tu...

Hari pertama puasa.

Balik dari sekolah, dihidangkan cerite daripada mak. Anak kawannya bersekolah di tempat aku mengajar. Darjah satu.

Kata mak lagi, budak tu mengadu pada maknya.

"Apelah cikgu baru tu, dia bawak beg macam budak sekolah. Macam budak tingkatan 5!"

Hahahahahhahahaha.

Weh, budak! Beg tu senang nak bawaklah. Lagipun masa beli beg tu, takde plak jurujual tu kata beg tu untuk budak skolah je. Hahaha!

Monday, August 2, 2010

Tersalah daun.

Seperti yang dijangkakan ~ muka rentung, tangan pon dah itam.

Tapi seronok. Sampaikan GPK pon tanya : "Seronok?" Pantas aku mengangguk, walaupun penat.

Hari ini sekolah cuti peristiwa bersempena hari sukan itu.

Menonton (menonton aje) adik aku Shakira memasak paprik. dia mintak aku ambikkan daun limau purut di luar rumah. aku pon laju je la nak pegi ambik sambil membayangkan rupa bentuk daun tersebut. bila sampai kat luar rumah, aku pon ambik la daun yang kurasakan daun limau purut itu, sambil mencium-cium baunya.

Sampai masa adik aku nak masukkan daun tu dalam kuali, dia menjerit sambil mencampakkan daun tersebut ke atas kabinet. "Ni bukan daun limau purut!!!!"

Sepantas The Flash, dia berlari ke luar rumah barangkali untuk mendapatkan daun yang sebenar.

Aku tersengih sendiri. tadi cium-cium daun tu macam bau daun limau purut.

Sekali bukan daaa... hehe..

Saturday, July 31, 2010

Hari sukan.

Kemeriahannya memang terasa. Pagi tadi sibuk menghias khemah masing-masing sehingga ke tengah hari. Matahari dah mencacak pun masih sibuk menghias demi persiapan hari esoknya.

Aku jadi seronok menengokkan akak-akak cikgu yang excited menghias. Meriah khemah rumah hijau.

Makanan pun banyak yang dibawak. Ada sandwich. Banyak keping jugak aku sebat. Hehe.

Esok surely exhausted dok jadi penyelia peserta. Panas = makin itam yang aku yang tersedia itam. haha.


Monday, July 26, 2010

Sedehh...

Trip ke genting highlands berlalu.

Malangnya hati aku ni asyik terkenang sepanjang berada di sana. Menyebabkan fikiran terganggu.

Sedehh..

Can i survive?

Friday, July 23, 2010

kota keriangan

esok (erkk, sebenarnye arini, memandangkan dah masuk ari jumaat pon) aku akan bertolak ke kl, menginap di hotel (tu pon kalau ade, ain called banyak hotel, tapi seme dah fully booked), dan sabtu ke kota keriangan.

kali kedua ke sana, bersama dua lagi companian yang sama seperti pertama kali dulu.

ahad? cadangnye nak bejalan2 (abeskan wang, haha), sebelum pulang.


*aku yang sebenarnye sudah lama tidak merasakan keriangan sejak sakit. kini bertambah pulih, alhamdulillah. kuasa Dia.

pertama kali atau kali pertama?

pertama kali atau kali pertama?

bercakap tentang tatabahasa. hehe. kena tanya mak ni.

sama ada pertama kali atau kali pertama, itu bukanlah isunya kerana aku sebelum ni dah penah memiliki blog, cume tak aktif, dan aku sendiri terlupe password dan address nye. my bad.

dah lame berhasrat nak buat blog ni, tapi baru malam (pagi) ni terjadi.

tergerak hati disebabkan blog yang aku bace "buat apa nak tulis kalau tak ada orang nak baca? kalau macam tu, baik tulis atas kertas dan simpan bawah bantal je" (electricpopia)

ade sesetengah perkara elok ditulis dan dibiarkan ade yang membacanye.