Saturday, October 16, 2010

Dulu usha-usha je, skang dah approach.

Haaa, saspen tidak tajuknye?

Mari kita ikuti kisahnya.

Cerita dia macam ni. Ibarat kau sorang laki, kau dah lama usha sorang gadis ni. Usha dari jauh je. Nama kau dah tau. Tapi nak approach tu kau tak tau macam mana. Sebab macam jalannya tak dibukakan untuk kau. Tapi, tiba-tiba pada satu hari, kau nampak jalan dan laluannya, dan kau sangat gembira, lalu mengapproach. Tapi bila dah approach, kau tau yang kau takkan dapat memilinya. Okay, maksud aku, bukan takkan dapat memilikinya, tetapi memilikinya adalah seperti mustahil. Tapi sekurang-kurangnya hati kau senang bila dah approach tu. Sebab selama ni kau teringin benorr nak approach.

Macam tu la apa yang aku rasa.

Cerita dia macam ni. Dekat dengan kawasan sekolah aku, ada satu kawasan perumahan baru, yang baru dibukak untuk dijual. Rumah-rumah kat situ macam tak besar sangat dan tak kecik sangat. Sekolah aku tu memang area elit. Kalau siapa duduk Kuantan ni, atau memang orang Kuantan, maka anda akan tahu. Dekat dengan area TC. TC? Ha'ah, TC. Teluk Chempedak. Kawasan perumahan tu ada satu rumah contoh kat situ. Hari-hari pergi balik sekolah, aku mampu pandang je rumah contoh tu tiap kali lalu kat situ. Memang tak jauh pun. Beberapa meter je dari sekolah aku. Rumah-rumah yang baru siap tu memang cantik.Rumah contoh tu lagilah cantik sebab dah tentu diorang deco hebat-hebat kan. Ye laa, dari jauh aku dah nampak lampu tergantung-gantung kat dalam rumah tu. Aku teringin nak masuk rumah contoh tu, nak tengok isi dalam rumah tu. Hari-hari aku wonder rumah yang cantik tu ada berapa bilik?, ada berapa toilet?, besar ke tak? Dan aku macam ada hati nak beli rumah tu. Dekat dengan sekolah pulak tuu. Tapi, permasalahannya, aku tak tau jalan nak masuk ke kawasan tu. Sebab diorang pagarkan. Dan ada jalan yang boleh masuk kat situ, tapi ditutup dengan pagar zink. Mungkin sebab jalan tu under construction lagi. Bila keluar dari simpang utama menuju ke jalan luar iaitu Jalan Tengku Muhammad tu, puas jugak aku tercari-cari celah mana aku nak masuk yang boleh tembus ke kawasan perumahan tu, tapi macam laluan-laluan yang ada adalah bukan laluannya. Maka semakin hari aku pun memendam je la perasaan nak tengok rumah tu. Tapi semakin hari juga aku semakin nekad nak tengok rumah contoh tu.

Dan tadi, pas habis budak-budak tahun 6 berkhemah, aku drive (i mean, drove) perlahan-lahan, sebab aku nampak pagar zink tu dah terbukak, tapi ada pekerja yang sedang menurap jalan tu secara manual. Aku tak berani masuk. Aku gerak ke depan sikit, aku perasan pintu pagar kecik berdekatan tepi jalan rumah contoh tu terbukak. Selama ni memang tutup je aku perati. Maka, aku pun stopkan kereta kat tepi jalan tu dan melangkah ke arah rumah tersebut.

Ada lelaki yang jaga kat luar tu, sedang mengadap laptop jenama Compaq tak silap. Aku mintak izin nak masuk tengok-tengok. Dia mempersialkan. Eh, salah taip. Mempersilakan. Maka aku pun saspen je perasaannya ketika melangkah setapak dua untuk masuk ke dalam rumah tu. Macam yang selalu aku bayangkan. Ye laa, dah rumah contoh, sah-sah fully furnished. Dengan carpet bulu-bulu tebal yang aku suka tu. Hall dia agak panjang. Ada satu space sebelah dry kitchen tu diorang letak meja makan. Ada wet kitchen. Ada dua bilik. Satu bilik tu ada toilet kat dalam dia. Satu lagi toilet kat luar, sebelah kitchen. Okay, kat bawah ada dua bilik dan dua toilet.

Aku naik upstairs pulak. Ada macam space untuk rehat, ataupun space untuk tengok tv kat situ. Master bedroom dia, ferghhh... Master kan, maka memang master laa. Besar, ada balkoni dan ada toilet. Pastu ada dua lagi bilik tidur, saiznya sederhana sikit. Dan dalam setiap bilik tidur tu ada toilet. Ini bermakna rumah ni ada lima bilik dan lima toilet. Menawan bukaaannn? Okay, mungkin tak sehebat banglo-banglo mewah kat Bukit Istana, tapi aku suka.

Aku jengah rumah tu kejap je. Yela, bukan boleh jengah lama-lama. Bukannya tengah pegi rumah sedara-mara. Aku keluar dari rumah tu dan meminta izin kepada lelaki tadi untuk mengambil kertas flyers (betol ke dakk aku eja ni??) yang ada maklumat harga rumah tu. Aku belek-belek sambil berjalan menuju ke kereta. Telan air liur tengok nombor-nombornya. Bila dah dekat dengan kereta, aku bukak pintu, sorang cikgu lalu dengan keretanya, dia membuka tingkap dan tersenyum mesra sambil bertanya, "Nak beli rumah ke?"

Lalu aku pun menjawab sambil ketawa, "Tengok jeeee..."

Memang tak mampu nak beli kalau harganya begitu. Approximately Ringgit Malaysia 900 thousand I tell you.

Tapi macam yang aku cakap tadi, aku lega dan aku senang hati bila dah approach.

Bukan takkan mungkin, tapi agak mustahil untuk memilikinya.

No comments:

Post a Comment