Monday, September 6, 2010

Air minuman mampu menimbulkan rase bengang.

Okay, ni dah dua entry uuntuk arini. Aku tak peduli.

Aku kan, pantang betol bile aku pegi makan minom kat kedai, tapi air minumannye tak sedap. Nak-nak kalau milo ais. Tu paling basic, takkan tak reti-reti jugak nak buat? Memang mampu membuatkan ati atau mulut aku ni mengeluarkan perkataan-perkataan tak baik.

Tadi bukak puase kat luar. Mak aku takde, dia bukak puase kat umah student dia. Jadi, ayah aku bawak kitorang makan kat satu tempat ni. Aku memang dari awal takde mood , sebab kalau ayah aku punye taste, dah tentu tak kene dengan taste aku. Apa yang ayah aku suke makan, selalunye bukanlah mende yang aku suke makan. Bile dia tanye nak makan ape atau nak makan katne, jawapan yang diberi mungkin sia-sia sahaja sebab kesudahannye dia akan ikot suggestion dia sendiri.Tapi aku ikutkan jugak, kot dia kecik ati. Sebab aku bukan jenis argue-argue ni.

Bile sampai kat kedai makan tu, makanan dah terhidang atas meja, sebab tadi ayah aku dah order awal-awal. Tapi yang terus buat aku turn off, bile air sampai, milo ais yang aku nak tu, warnenye cair. Tengok kaler pon aku dah tau rase nye nanti macam mane. Terus muke aku berubah la kan. Apa masalah diorang ni? Tak reti buat air? Tak yah la jual air macam tu. Jual je makanan. Pastu yang buat aku bertambah membara ati, bile ayah aku mintak mangkuk untuk makan tomyam, orang tu tak tanye pon berape mangkuk yang kitorang nak, tapi terus je bagi dua mangkuk. Terang-terang kitorang ni ade lima orang mase tu. BANGANG kan? Bile ayah aku minhtak lagi, sampai ke sudah tak sampai-sampai mangkuknye. Macam haram.

Aku diam je sepanjang sesi makan tu. Bila dah last-last tu ayah aku tanye nape tak abeskan air, aku jawab "tak sedap." Bukan aku tak bersyukur, tapi aku sebenarnye naik menyampah dengan orang Melayu yang berniaga macam ni. Dah banyak kali dan banyak tempat aku kene macam ni. Memang buat aku turn off gile-gile.Apehal air tak boleh buat elok-elok? Tak boleh ke buat bagi rase tu sempurne sikit? Aku bayar untuk milo ais. Bukan susu ais. Ape terkene buatan orang ke kedai diorang ni???

Kalau boleh aku lempang, memang aku lempang dah.

No comments:

Post a Comment