Saturday, July 31, 2010

Hari sukan.

Kemeriahannya memang terasa. Pagi tadi sibuk menghias khemah masing-masing sehingga ke tengah hari. Matahari dah mencacak pun masih sibuk menghias demi persiapan hari esoknya.

Aku jadi seronok menengokkan akak-akak cikgu yang excited menghias. Meriah khemah rumah hijau.

Makanan pun banyak yang dibawak. Ada sandwich. Banyak keping jugak aku sebat. Hehe.

Esok surely exhausted dok jadi penyelia peserta. Panas = makin itam yang aku yang tersedia itam. haha.


Monday, July 26, 2010

Sedehh...

Trip ke genting highlands berlalu.

Malangnya hati aku ni asyik terkenang sepanjang berada di sana. Menyebabkan fikiran terganggu.

Sedehh..

Can i survive?

Friday, July 23, 2010

kota keriangan

esok (erkk, sebenarnye arini, memandangkan dah masuk ari jumaat pon) aku akan bertolak ke kl, menginap di hotel (tu pon kalau ade, ain called banyak hotel, tapi seme dah fully booked), dan sabtu ke kota keriangan.

kali kedua ke sana, bersama dua lagi companian yang sama seperti pertama kali dulu.

ahad? cadangnye nak bejalan2 (abeskan wang, haha), sebelum pulang.


*aku yang sebenarnye sudah lama tidak merasakan keriangan sejak sakit. kini bertambah pulih, alhamdulillah. kuasa Dia.

pertama kali atau kali pertama?

pertama kali atau kali pertama?

bercakap tentang tatabahasa. hehe. kena tanya mak ni.

sama ada pertama kali atau kali pertama, itu bukanlah isunya kerana aku sebelum ni dah penah memiliki blog, cume tak aktif, dan aku sendiri terlupe password dan address nye. my bad.

dah lame berhasrat nak buat blog ni, tapi baru malam (pagi) ni terjadi.

tergerak hati disebabkan blog yang aku bace "buat apa nak tulis kalau tak ada orang nak baca? kalau macam tu, baik tulis atas kertas dan simpan bawah bantal je" (electricpopia)

ade sesetengah perkara elok ditulis dan dibiarkan ade yang membacanye.