Tuesday, October 12, 2010

Bila seniman tak dapat berseni.

Maka marah dan kecewa la jadinya.

Aku stress ni. Banyak sebabnya. Hari ni aku nak cerita jugak. Biarlah takkan mengubah ape-ape pun, tapi aku nak jugak cakap.

Pertama, aku tak enjoy kena ajar PJ. Sebab that is sooo not me. Okay, aku bersukan, tapi tahap pengetahuan kesukanan aku ni tak sampai tahap boleh mengajar orang. Memang masa kat maktab dulu tu subjek minor aku. Diulang, MINOR sahaja, okay. Bukan major. Sebab subjek major yang aku belajar berhempas-pulas selama 5 tahun setengah di maktab ialah subjek seni. Masa kat maktab, memang la belajar PJ tu, tapi banyak dalam gym. Jadi, susah nak aplikasikan kat padang mende-mendenye. Senang kata, aku memang tak kreatif bile bab PJ ni. Sebab tu memang bukan dunia aku. Lagi satu yang buat aku tak enjoy, setiap hari ada PJ dengan banyaknya, kecuali hari isnin. Maka, hari isnin je aku boleh pakai baju kurung. Hari-hari lain memang tak vogue langsung, okay! Memang la sepatutnya pas PJ, kene tukar baju, tapi kalau dah 3 masa straight PJ, pastu disambung dengan klas lain dan klas seterusnye, bila masa aku nak tuka baju? Memang tak sempat pun. Cikgu-cikgu lain yang ajar PJ pun memang cakap tak yah tukar baju. Guru besar pun takde hal pasal tu. Aku memang nak tegaskan di sini bahawa aku tak enjoy pakai t-shirt dengan suar trek tu. Aku lagi enjoy pakai baju kurung. Rasa macam perempuan. Gladiator wedges yang aku beli hari tu pun tak terpakai lagi, akibat asek kene pakai baju PJ. Benci.

Kedua, aku dapat ajar seni dua kelas je. Diulang sekali lagi, masa kat maktab, selama 5 tahun setengah tu, itulah subjek yang aku berhempas-pulas buat. Walaupun kadang-kadang aku main-main masa belajar tu, tapi jiwa aku tetap jiwa seni. Tu dunia aku dari kecik. Masa-masa yang terluang kat maktab dulu, aku buat doodles, buat painting atas canvas. Okay, aku paham, sejak dari zaman dulu lagi, bila cikgu-cikgu diserap masuk ke sekolah, mereka tak semestinya dapat ajar subjek yang diorang amek kat maktab atau universiti. Kena ikot keperluan sekolah. Itu sistemnya. Dan untuk pengetahuan anda semua, ada cikgu yang bertahun-tahun tak dapat ajar subjek yang mereka belajar di maktab atau universiti dulu. Apa yang aku nak cakapkan di sini ialah, kalau macam tu, lebih baik masa belajar tu, suruh kitorang belajar semua mata pelajaran yang ada kemungkinan kitorang terpaksa ajar tanpa ilmu pengetahuan dan dah tentu tanpa kerelaan. Ye dakkk??? Ye dakkk??? Aku kan seniman, maka aku mudah rasa kecewa bila tak dapat melakukan kegiatan-kegiatan seni, especially tak dapat ngajar seni. Ade ke plak subjek lain yang berlebih-lebihan aku ajar, daripada seni yang patutnya aku ajar. Aihhh... Yang aku tau, aku tak suka sistem ni. Okay, ni bukan statement anti government. Saya pro government, tapi sistem macam ni la yang kadang-kadang buat saya takde semangat nak kerja. Dan perasaan takde semangat dan kekecewaan itu akhirnya melarat-larat dengan angan-angan untuk kerja di negara orang. Kan dah tak patriotik tu. Haaa, jangan salahkan saya, kata saya tak kuat semangat, takde semangat patriotik, takde itu dan takde ini. Macam yang saya kata tadi, lebih baik masa kat maktab dulu suruh kitorang belajar SEMUA subjek yang ada dalam KBSR tu, supaya kitorang boleh ajar mana-mana subjek ikot keperluan sekolah laa katekan. Arrrggghhhhh, sistem itu!!! Memang buat aku rasa nak berenti kerja!!

Okay, korang boleh kata aku tak bersyukur. But, be in my shoes, then u'll know. Then u'll understand. Then u'll analyze. Then u'll understand again.

Tapiiiii.... ada sorang cikgu kat skolah tu, aku panggil dia Kak Jann. Dia ajak aku buat mural untuk pusat sumber. Aku suke. Hehe. Aku suke. Dannnnn.... guru besar dengan bangganya menyatakan beliau inginkan hasil tangan aku untuk buat mural kat gate skolah. Mural yang tertulis nama skolah. Mural yang bila orang nak masuk skolah, mural tu yang orang akan nampak dulu. Haaaaaaa.... Aku suke. Hehe. Aku suke.

Tapi, skang aku tetap stress. Kerja kat sekolah banyak sangat. Yang perlu dibawak balik ke rumah. Yang kadang-kadang (bukan kadang-kadang, tapi setiap hari) sentiasa melekat di otak, sampai aku susah nak tidur, akibat susah hati.

Aku betul-betul rasa nak berenti kerja. Nak buat kerja-kerja seni je. Haiii laahhh. Kan dah mengeluh.

Stress + frust = strust.. Bleh???

1 comment: