Sunday, October 24, 2010

Daulat Tuanku!

Happy birthday, Tuanku..

You're the coolest Sultan ever!

Long live, Tuanku!

Sunday, October 17, 2010

Kenapa?

Kenapa ada sesetengah perkara tak boleh diubah?

Kenapa ada sesetengah perkara remain mengecewakan?

Kenapa ada sesetengah perkara terlalu sukar dicapai?

Aku nak hidup senang. Bukan. Bukan kaya. Kaya tu memanglah nak. Tapi maksud aku di sini, tenang. Takde tekanan, takde yang memeningkan kepala. Takde orang yang menyakitkan hati.

Aku kena keluar dari sini.

Saturday, October 16, 2010

Dulu usha-usha je, skang dah approach.

Haaa, saspen tidak tajuknye?

Mari kita ikuti kisahnya.

Cerita dia macam ni. Ibarat kau sorang laki, kau dah lama usha sorang gadis ni. Usha dari jauh je. Nama kau dah tau. Tapi nak approach tu kau tak tau macam mana. Sebab macam jalannya tak dibukakan untuk kau. Tapi, tiba-tiba pada satu hari, kau nampak jalan dan laluannya, dan kau sangat gembira, lalu mengapproach. Tapi bila dah approach, kau tau yang kau takkan dapat memilinya. Okay, maksud aku, bukan takkan dapat memilikinya, tetapi memilikinya adalah seperti mustahil. Tapi sekurang-kurangnya hati kau senang bila dah approach tu. Sebab selama ni kau teringin benorr nak approach.

Macam tu la apa yang aku rasa.

Cerita dia macam ni. Dekat dengan kawasan sekolah aku, ada satu kawasan perumahan baru, yang baru dibukak untuk dijual. Rumah-rumah kat situ macam tak besar sangat dan tak kecik sangat. Sekolah aku tu memang area elit. Kalau siapa duduk Kuantan ni, atau memang orang Kuantan, maka anda akan tahu. Dekat dengan area TC. TC? Ha'ah, TC. Teluk Chempedak. Kawasan perumahan tu ada satu rumah contoh kat situ. Hari-hari pergi balik sekolah, aku mampu pandang je rumah contoh tu tiap kali lalu kat situ. Memang tak jauh pun. Beberapa meter je dari sekolah aku. Rumah-rumah yang baru siap tu memang cantik.Rumah contoh tu lagilah cantik sebab dah tentu diorang deco hebat-hebat kan. Ye laa, dari jauh aku dah nampak lampu tergantung-gantung kat dalam rumah tu. Aku teringin nak masuk rumah contoh tu, nak tengok isi dalam rumah tu. Hari-hari aku wonder rumah yang cantik tu ada berapa bilik?, ada berapa toilet?, besar ke tak? Dan aku macam ada hati nak beli rumah tu. Dekat dengan sekolah pulak tuu. Tapi, permasalahannya, aku tak tau jalan nak masuk ke kawasan tu. Sebab diorang pagarkan. Dan ada jalan yang boleh masuk kat situ, tapi ditutup dengan pagar zink. Mungkin sebab jalan tu under construction lagi. Bila keluar dari simpang utama menuju ke jalan luar iaitu Jalan Tengku Muhammad tu, puas jugak aku tercari-cari celah mana aku nak masuk yang boleh tembus ke kawasan perumahan tu, tapi macam laluan-laluan yang ada adalah bukan laluannya. Maka semakin hari aku pun memendam je la perasaan nak tengok rumah tu. Tapi semakin hari juga aku semakin nekad nak tengok rumah contoh tu.

Dan tadi, pas habis budak-budak tahun 6 berkhemah, aku drive (i mean, drove) perlahan-lahan, sebab aku nampak pagar zink tu dah terbukak, tapi ada pekerja yang sedang menurap jalan tu secara manual. Aku tak berani masuk. Aku gerak ke depan sikit, aku perasan pintu pagar kecik berdekatan tepi jalan rumah contoh tu terbukak. Selama ni memang tutup je aku perati. Maka, aku pun stopkan kereta kat tepi jalan tu dan melangkah ke arah rumah tersebut.

Ada lelaki yang jaga kat luar tu, sedang mengadap laptop jenama Compaq tak silap. Aku mintak izin nak masuk tengok-tengok. Dia mempersialkan. Eh, salah taip. Mempersilakan. Maka aku pun saspen je perasaannya ketika melangkah setapak dua untuk masuk ke dalam rumah tu. Macam yang selalu aku bayangkan. Ye laa, dah rumah contoh, sah-sah fully furnished. Dengan carpet bulu-bulu tebal yang aku suka tu. Hall dia agak panjang. Ada satu space sebelah dry kitchen tu diorang letak meja makan. Ada wet kitchen. Ada dua bilik. Satu bilik tu ada toilet kat dalam dia. Satu lagi toilet kat luar, sebelah kitchen. Okay, kat bawah ada dua bilik dan dua toilet.

Aku naik upstairs pulak. Ada macam space untuk rehat, ataupun space untuk tengok tv kat situ. Master bedroom dia, ferghhh... Master kan, maka memang master laa. Besar, ada balkoni dan ada toilet. Pastu ada dua lagi bilik tidur, saiznya sederhana sikit. Dan dalam setiap bilik tidur tu ada toilet. Ini bermakna rumah ni ada lima bilik dan lima toilet. Menawan bukaaannn? Okay, mungkin tak sehebat banglo-banglo mewah kat Bukit Istana, tapi aku suka.

Aku jengah rumah tu kejap je. Yela, bukan boleh jengah lama-lama. Bukannya tengah pegi rumah sedara-mara. Aku keluar dari rumah tu dan meminta izin kepada lelaki tadi untuk mengambil kertas flyers (betol ke dakk aku eja ni??) yang ada maklumat harga rumah tu. Aku belek-belek sambil berjalan menuju ke kereta. Telan air liur tengok nombor-nombornya. Bila dah dekat dengan kereta, aku bukak pintu, sorang cikgu lalu dengan keretanya, dia membuka tingkap dan tersenyum mesra sambil bertanya, "Nak beli rumah ke?"

Lalu aku pun menjawab sambil ketawa, "Tengok jeeee..."

Memang tak mampu nak beli kalau harganya begitu. Approximately Ringgit Malaysia 900 thousand I tell you.

Tapi macam yang aku cakap tadi, aku lega dan aku senang hati bila dah approach.

Bukan takkan mungkin, tapi agak mustahil untuk memilikinya.

Wednesday, October 13, 2010

Satu perkataan sahaja.

...iaitu STRESS...

dan aku rase aku nak berenti keje.

I cant cope with this.

Tuesday, October 12, 2010

Bila seniman tak dapat berseni.

Maka marah dan kecewa la jadinya.

Aku stress ni. Banyak sebabnya. Hari ni aku nak cerita jugak. Biarlah takkan mengubah ape-ape pun, tapi aku nak jugak cakap.

Pertama, aku tak enjoy kena ajar PJ. Sebab that is sooo not me. Okay, aku bersukan, tapi tahap pengetahuan kesukanan aku ni tak sampai tahap boleh mengajar orang. Memang masa kat maktab dulu tu subjek minor aku. Diulang, MINOR sahaja, okay. Bukan major. Sebab subjek major yang aku belajar berhempas-pulas selama 5 tahun setengah di maktab ialah subjek seni. Masa kat maktab, memang la belajar PJ tu, tapi banyak dalam gym. Jadi, susah nak aplikasikan kat padang mende-mendenye. Senang kata, aku memang tak kreatif bile bab PJ ni. Sebab tu memang bukan dunia aku. Lagi satu yang buat aku tak enjoy, setiap hari ada PJ dengan banyaknya, kecuali hari isnin. Maka, hari isnin je aku boleh pakai baju kurung. Hari-hari lain memang tak vogue langsung, okay! Memang la sepatutnya pas PJ, kene tukar baju, tapi kalau dah 3 masa straight PJ, pastu disambung dengan klas lain dan klas seterusnye, bila masa aku nak tuka baju? Memang tak sempat pun. Cikgu-cikgu lain yang ajar PJ pun memang cakap tak yah tukar baju. Guru besar pun takde hal pasal tu. Aku memang nak tegaskan di sini bahawa aku tak enjoy pakai t-shirt dengan suar trek tu. Aku lagi enjoy pakai baju kurung. Rasa macam perempuan. Gladiator wedges yang aku beli hari tu pun tak terpakai lagi, akibat asek kene pakai baju PJ. Benci.

Kedua, aku dapat ajar seni dua kelas je. Diulang sekali lagi, masa kat maktab, selama 5 tahun setengah tu, itulah subjek yang aku berhempas-pulas buat. Walaupun kadang-kadang aku main-main masa belajar tu, tapi jiwa aku tetap jiwa seni. Tu dunia aku dari kecik. Masa-masa yang terluang kat maktab dulu, aku buat doodles, buat painting atas canvas. Okay, aku paham, sejak dari zaman dulu lagi, bila cikgu-cikgu diserap masuk ke sekolah, mereka tak semestinya dapat ajar subjek yang diorang amek kat maktab atau universiti. Kena ikot keperluan sekolah. Itu sistemnya. Dan untuk pengetahuan anda semua, ada cikgu yang bertahun-tahun tak dapat ajar subjek yang mereka belajar di maktab atau universiti dulu. Apa yang aku nak cakapkan di sini ialah, kalau macam tu, lebih baik masa belajar tu, suruh kitorang belajar semua mata pelajaran yang ada kemungkinan kitorang terpaksa ajar tanpa ilmu pengetahuan dan dah tentu tanpa kerelaan. Ye dakkk??? Ye dakkk??? Aku kan seniman, maka aku mudah rasa kecewa bila tak dapat melakukan kegiatan-kegiatan seni, especially tak dapat ngajar seni. Ade ke plak subjek lain yang berlebih-lebihan aku ajar, daripada seni yang patutnya aku ajar. Aihhh... Yang aku tau, aku tak suka sistem ni. Okay, ni bukan statement anti government. Saya pro government, tapi sistem macam ni la yang kadang-kadang buat saya takde semangat nak kerja. Dan perasaan takde semangat dan kekecewaan itu akhirnya melarat-larat dengan angan-angan untuk kerja di negara orang. Kan dah tak patriotik tu. Haaa, jangan salahkan saya, kata saya tak kuat semangat, takde semangat patriotik, takde itu dan takde ini. Macam yang saya kata tadi, lebih baik masa kat maktab dulu suruh kitorang belajar SEMUA subjek yang ada dalam KBSR tu, supaya kitorang boleh ajar mana-mana subjek ikot keperluan sekolah laa katekan. Arrrggghhhhh, sistem itu!!! Memang buat aku rasa nak berenti kerja!!

Okay, korang boleh kata aku tak bersyukur. But, be in my shoes, then u'll know. Then u'll understand. Then u'll analyze. Then u'll understand again.

Tapiiiii.... ada sorang cikgu kat skolah tu, aku panggil dia Kak Jann. Dia ajak aku buat mural untuk pusat sumber. Aku suke. Hehe. Aku suke. Dannnnn.... guru besar dengan bangganya menyatakan beliau inginkan hasil tangan aku untuk buat mural kat gate skolah. Mural yang tertulis nama skolah. Mural yang bila orang nak masuk skolah, mural tu yang orang akan nampak dulu. Haaaaaaa.... Aku suke. Hehe. Aku suke.

Tapi, skang aku tetap stress. Kerja kat sekolah banyak sangat. Yang perlu dibawak balik ke rumah. Yang kadang-kadang (bukan kadang-kadang, tapi setiap hari) sentiasa melekat di otak, sampai aku susah nak tidur, akibat susah hati.

Aku betul-betul rasa nak berenti kerja. Nak buat kerja-kerja seni je. Haiii laahhh. Kan dah mengeluh.

Stress + frust = strust.. Bleh???

Monday, October 11, 2010

Sunday, October 10, 2010

Bukan plastic surgery.

My job sucks!

Okay, maybe not entirely, but still, it sucks.

Tak semestinya orang yang sukakan budak-budak boleh jadi cikgu. Dan tak semestinya anda jadi cikgu maka anda akan sukakan budak-budak. Oh, tolong, pekerjaan ni memang tak boleh blah dengan orang yang macam aku.

Okay, maybe so far I'm doing it quite well, tapi dalam hati, Tuhan aje yang tau.

Ya, aku tau, apa yang Tuhan buat tu ada hikmah. Tapi aku masih mampu mengubahnya dengan usaha. Usaha menukar semua ini. Mungkin bukan dalam jangka masa terdekat. Tapi usaha dalam senyap itu boleh dilakukan bermula sekarang.

Dah dua hari aku try buat lagu untuk Syida. Saja-saja nak dedicate dan buat lagu tentang dia. Mungkin sebab apa yang dia sedang lalui. Aku bukan boleh tengok orang menderita, sedeh-sedeh. Dan-dan tu jugak rasa nak buat lagu untuk mereka.

Idea untuk cerita terbaru dah semakin berkembang, tapi tak taip-taip lagi. Kerja banyak bulan ni, tak sempat nak buat benda-benda yang disukai pun.

Sebenarnya aku merancang nak buat sesuatu ni. Nak tukar sikit-sikit appearance. Bukan tukar alat sulit, okay. Tukar appearance je. Saja nak bagi rasa diri meriah sikit. Nak tukar apa? Hehe, adela. Tak boleh bagitau kat sini, nanti kene condemn. Jangan risau, nokk, I bukan nak buat plastic surgery. Haha!

Wednesday, October 6, 2010

Nasib insan yang serba kekurangan.

Ape yang aku fikirkan sekarang ialah :

a) London Weight Management

b) New York Skincare

c) Yun Nam Haircare

Sedih jadi orang yang low self-esteem ni.

Saturday, October 2, 2010

Satu perkare.

Ada satu hal dengan aku ni. Bila aku ada kerja atau tanggungjawab atau tugasan yang aku rasakan susah, aku akan rasa tak best. Aku akan rasa tak sedap, rasa tak selesa. Rasa takde mood. Hati aku bertambah sayu. Dunia rasa suram je.

Aku tak taulah apa masalahnya aku ni.

Pastu mulalah aku rasa kesal dengan apa yang berlaku dalam hidup aku ni. Kesal terhadap di mana dan bagaimana aku berakhir. Dan kadang-kadang melibatkan apa yang telah ditakdirkan. But I cant help it.

Kalau masa boleh Tuhan undurkan untuk aku, aku nak isi borang UPU dulu betul-betul. Takdelah aku berakhir dengan melakukan sesuatu yang aku tak suke ni.

=(